Sunday 20 November 2011

Popiah Ikan

Popiah Ikan




Salam semua! Pernah makan tak popiah ikan??? Saya pasti, kalau ada pun mungkin tak ramai :) apa yg pasti, popiah yang akan saya kongsikan ini ialah popiah goreng yg sangat menyelerakan & sedap dimakan pada bila-bila masa sahaja! Tambahan pula, tak perlu sebarang sos atau pencecah sebab ianya sudah cukup manis, masin & cukup pakej! Haaaa… seperti apa yg kita ketahui, popiah goreng yg biasa dijual di gerai-gerai atau kedai makan kebanyakannya popiah yg berintikan udang kering mahupun isi ayam. Tapi kali ni, intinya ikan kembung. Apa yg anda perlu lakukan ialah menyediakan bahan-bahan seperti berikut:



rebuskan ikan kembung untuk dijadikan sebagai inti utama :)



sengkuang :)



jadilah pengguna bijak untuk memilih lobak merah yg segar :)



Bahan-bahan(untuk 50 gulung popiah):


1-    Sengkuang(disagat)
2-    Lobak merah(disagat)
3-    Taugih
4-    Kobis(potong memanjang)
5-    Ikan kembung rebus(buang tulang, ambil isinya kemudian hancurkan)
6-    2 biji telur
7-    Pastri kulit popiah segera
8-    5 camca besar(camb) gula
9-    1 camb garam
10   1 camca teh(camt) aji-no-moto
11  3 ulas bawang putih(tumis hingga naik bau)
12  3 camb minyak masak


Langkah-langkah Memasak:

1-      Panaskan minyak & tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan ikan rebus yg telah ditumbuk/dihancurkan. Goreng ikan hingga masak.
2-      Masukkan telur yg telah dipukul, goreng  telur separuh masak, kemudian masukkan sengkuang, lobak merah, kobis & taugih.
3-      Perasakan dengan gula, garam & aji-no-moto. (tanpa aji-no-moto, inti popiah sudah lengkap)
4-      Angkat kemudian tos & sejukkan.


boleh juga dimakan bersama sos :)



Tips: 1- biarkan inti sejuk terlebih dahulu sebelum dimasukkan terus ke dalam pastri kerana khuatir pasti akan terkoyak. 2- anda boleh menambah sedikit air ketika memasak inti.

***SELAMAT MENCUBA*** :)




No comments:

Post a Comment