Wednesday 7 December 2011

Game CityVille yg menakjubkan!

Salam .. aihh .. agak lama tak melenguhkan jari jemari ni dengan pelbagai segala kerepek pisang di laman blog ni.. almaklum lerr .. cuti-cuti ni pun takde maknanya nak goyang kaki tauu.. nak pi holiday pon bajet tak lepas .. nak ikotkan bisnes popiah ikan tuu .. takdelaa sebarapa. bukannya saham bisnes pastri tuu menguntungkan sangat .. aih.. kita nak jual lebih-lebih nanti kang ada pulak yg kata over. sebenarnya cik puan semua .. modal nak buat semua tuu pun memang agak mahal tauu .. kos ikan kembung .. sengkuang .. lobak merah .. aissshhh .. macam-macam perkakas nak kena tarup bagi cukup-cukup kaww untuk buat popiah ikan ni ..so, saranan sy, kalau nak buat popiah ni .. buat jer stok banyak2 sekaligus then kita simpan dalam freezer .. haaaa .. bagi "segera"kan kuih tuuu. so, kalau nak jual setakat 3 gulung RM1 memang rugi & tak lepas modal... jadi kalau nak jual .. penyediaan modal yg cukup besar memang amat diperlukan. tapi setakat nak makan untuk hidang kpd famili tuu memang terbaik. jangan lupa cuba ye??! cara-cara nak buatnya dah ada untuk entry yg lepas :) bila bercakap tentang cuti ni .. mak aihh.. apa kerjanya yer??? jawabnyer duk hadap benda ni kat http://www.facebook.com/ . bila bukak Fb jer terus bukak ni haaaaa :


tetiba dalam sejarah hidup sy, sy main game online via FB!~ iaitu CityVille!
 well, game ni memang best ,, dipendekkan bestnyer adalah game ni memberikan kita peluang untuk membina bandar dengan citarasa kita tersendiri! terserahlah nak letakkan segala struktur pembinaan yg anda suka di mana-mana posisi yg anda suka di dalam bandar idaman ini! menarik bukan???!  nak tauu jom kita main game ni then jadi jiran sy ok??? ;D


~SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA!~


PESANAN UNTUK IBU BAPA:

jagalah anak-anak anda kerana mungkin anda akan kehilangan mereka hanya dalam sekelip mata!~ penyamun, penculik, pemberontak & bermacam-macam penyangak berada dimana jua! anda juga perlu jaga diri anda sebaik mungkin! 


kalaulah dapat gi holiday kat sini kan best :(
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

nanti lain kali kita datang serbu sama-sama yer?? :)






No comments:

Post a Comment