Monday, 21 November 2011

Aiskrim Coklat Oreo





hujan lagi dan hujan lagi!~ apa yg menarik, sy buat aiskrim utk dihidangkan kepada family & ternyata, ia menjadi! Waahhhhhh! Hujan-hujan pun makan aiskrim??? Fuhhhhh…. Teramatlah sedap … bajetnya takde la mahal sangat cuma apa yg penting sy ingin mencuba & terus mencuba! Apabila kita berjaya melakukan sesuatu percubaan, ia merupakan 1 kejayaan! HEHE (“,”) jom buat aiskrim yang sangat simple!









Bahan-bahan ( 1.5 liter )



·         2 1/2 cup - Dutchlady full cream milk perisa coklat
·         2 1/2 cup - Nestle coffemate creamer powder
·         1 packet kecil - biskut Oreo

Cara-cara
1.    Masukkan susu coklat dan coffeemate ke dlm blender dan blend sehingga 5 minit. Masukkan 2-3 keping biskut oreo (dengan krim nya sekali) dan blend lagi hingga sebati. Tak payah letak gula sbb biskut dah manis.
2.    Masukkan dlm peti sejuk beku lebih kurang 2 jam atau sebelum membeku, kluarkan dan blend sekali lagi. Patah-patahkan biskut oreo selebihnya dan campurkan dalam aiskrim dan tabur sedikit untuk topping.
3.    Masukkan dlm peti sejuk beku semalaman. Sedia untuk hidang bila-bila masa. 




s selamat mencuba!




No comments:

Post a Comment