Sunday 20 November 2011

Luahan Sang Facebooker


*****_________________******


Hello !! assalamualaikum … hari ni seharian hujan tak henti-henti nampaknya. Maklum la yer, musim tengkujuh dah datang.. apa yg perlu ready sekarang ialah sentiasa berjaga-jaga. Orang kata, sediakan payung sebelum hujan … sinonim dengan idiom(peribahasa) yg digunakan dalam English, “prevent is better than cure” yg membawa maksud mencegah itu lebih baik daripada merawat :) apa yang saya ingin berkongsi di sini ialah berkenaan dengan laman sosial Facebook.




 Sape tak kenal FB kaaan??? Sy bermula blog pun daripada FB yg terlalu rancak melihat rakan-rakan yg tak putus-putus update status dengan blog nukilan mereka. Akhirnya, jangkitan tersebut menusuk ke dalam jiwa sy sehinggalah blog ini dapat ditubuhkan dengan usaha sy sendiri :). 



button like yg sentiasa menjadi kegemaran pengguna MukaBuku :)



Apa yg benar, FB banyak memainkan peranannya namun tak begitu ramai yg memahami & betul-betul faham tentang laman sesawang tersebut. Sebagaimana dengan laman blog juga, isu penyalahgunaannya juga kerap kali berbangkit saban hari & masa :). Kadang-kadang bila mengadap fb ni terasa jugak bosannya… jadi dengan ini sy mengambil peluang utk beralih pula ke laman blog *_* . 


blog kini menjadi laman untuk pelbagai konsep pengguna  :)



Di laman fb, menyampaikan apa yg ‘difikirkan’ melalui “what’s on your mind” boleh meragut pembaca dengan pelbagai jenis andaian. Malah segala gerak geri kita di laman tersebut menjadi lensa kepada rakan-rakan kita. Malas nak cakap banyak sebab sy pun pernah bergelumang dengan pelbagai masalah di FB :) well, manusia memang tak terlepas daripada melakukan kesalahan  kaaaan??? Apa yg penting ialah kita sama-sama perbetulkan langkah kita dalam setiap apa jua yg kita lakukan & ingin lakukan :) :)



masih mendominasi Top 1 di dunia :)




p/s: FB amat penting bagi saya & ia masih menjadi rutin kehidupan sy :)


No comments:

Post a Comment