Sunday 20 November 2011

Luahan Sang Facebooker


*******________________________________*******

Hello !! assalamualaikum … hari ni seharian hujan tak henti-henti nampaknya.. apa yg perlu ready sekarang ialah sentiasa berjaga-jaga. Orang kata, sediakan payung sebelum hujan … begitu juga idiom(peribahasa) yg digunakan dalam English, “prevent is better than cure” yg membawa maksud mencegah itu lebih baik daripada merawat :) 


apa yang saya ingin berkongsi di sini ialah berkenaan dengan laman sosial Facebook. 




Sape tak kenal FB kaaan??? Sy bermula blog pun daripada FB yg terlalu rancak melihat rakan-rakan yg tak putus-putus update status dengan blog nukilan mereka. Akhirnya, jangkitan tersebut menusuk ke dalam jiwa sy sehinggalah blog ini dapat ditubuhkan dengan usaha sy sendiri :).




 Apa yg benar, FB banyak memainkan peranannya namun tak begitu ramai yg memahami & betul-betul faham tentang laman sesawang tersebut. Sebagaimana dengan laman blog juga, isu penyalahgunaannya juga kerap kali berbangkit saban hari & masa :). Kadang-kadang bila mengadap fb ni terasa jugak bosannya… jadi dengan ini sy mengambil peluang utk beralih pula ke laman blog. 







Di laman fb, menyampaikan apa yg ‘difikirkan’ melalui “what’s on your mind” boleh meragut pembaca dengan pelbagai jenis andaian. Malah segala gerak geri kita di laman tersebut menjadi lensa kepada rakan-rakan kita. Malas nak cakap banyak sebab sy pun pernah bergelumang dengan pelbagai masalah di FB :) well, manusia memang tak terlepas daripada melakukan kesalahan  kaaaan??? Apa yg penting ialah kita sama-sama perbetulkan langkah kita dalam setiap apa jua yg kita lakukan & ingin lakukan :) :)




p/s: FB tetap dihatiku sampai bila2, yg penting, hindarilah segala perkara negatif & sentiasa ke arah positif ^_^

No comments:

Post a Comment